Ini blog HARNEY

Selamat sejahtera Nubies,
Kami telah bersepakat untuk menubuhkan satu kumpulan sokongan yang diberi nama Very Important Nubie atau panggilan singkatnya VIN.
Kenapa VIN ditubuhkan?
Nubhan FC adalah sebuah kelab yang besar yang mempunyai ahli berdaftar dengan website seramai hampir 3000 orang. Jika terdapat sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Nubhan FC, pentadbiran kelab memerlukan lebih ramai tenaga manusia yang dapat menyumbang kepada kelancaran sesuatu aktiviti itu. Dengan erti kata lain, VIN akan bertindak sebagai pembantu kepada AJK yang sedia ada.
Apakah skop kerja VIN?
Seperti yang telah diterangkan diatas, skop kerja VIN termasuklah menolong AJK-AJK yang sedia ada jika terdapat sebarang aktiviti atau event. Selain itu, VIN yang menunjukkan komitmen yang bagus berpotensi untuk dilatih menjadi pelapis kepada AJK yang ada pada masa akan datang. VIN tidak akan terlibat dalam mesyuarat dan sebarang keputusan yang diambil oleh pentadbiran kelab dan AJK. Walau bagaimanapun, pentadbiran kelab yang mengamalkan dasar terbuka amat mengalu-alukan idea/pendapat/komen/cadangan yang dilontarkan oleh VIN. Bukan sahajaVIN malah semua Nubies juga.
Bagaimanakah untuk menjadi seorang VIN?
Perlantikan VIN akan dibuat oleh Nubhan dengan nasihat AJK-AJK tertinggi Nubhan FC. AJK-AJK tertinggi akan memerhatikan (observe) orang-orang yang dirasakan layak untuk dilantik sebagai VIN.
Kriteria VIN
1. Mestilah proaktif
2. Boleh memberi komitmen yang tinggi
3. Sanggup menyumbang dan berkorban dari segi tenaga dan masa
4. Creative, boleh bercakap (someone who can talk) dan boleh melontarkan pendapat dan idea
5. Team player (mempunyai semangat kerjasama yang baik)
Bilakah perlantikan VIN akan dibuat?
Perkara ini adalah on-going (berterusan). Mana-mana Nubies yang dirasakan layak akan dilantik dari semasa ke semasa.Pada mereka yang berminat untuk menjadi seorang VIN, buktikan pada kami anda mampu dan layak. Peluang terbuka kepada semua.
(dipetik dari posting mr vern kat forumotion yg telah dipetik oleh mr vern dr pengumuman Cik Presiden)
hihi=')

Categories:

2 Responses so far.

  1. ekau dah jadi vin kan...
    korunk sume same2 berusaha pastikan nubhan fc bergerak dengan jayanye...
    den ngn nubies lain menyokong dari belakang okies...

  2. Harney says:

    iye..i will do my task...i will...

Leave a Reply