Ini blog HARNEY

Assalammualaikum dan hai!

Okey keputusan top 5 Semi Final Muzik Muzik 26 untuk first week sure sume orang tau kan. So tahniah buat lagu:

  1. Kisah Hati - Alyah
  2. Mata Hati - Nubhan
  3. Beribu Sesalan - 3 Suara
  4. Awan Nano - Hafiz
  5. Gadis Semasa - Yuna
Tapi top 5 ini belum lagi menjanjikan tempat di final. Tunggu bile settle ketiga-tiga minggu, baru kite tau sape yang masuk final AJL. Dari keputusan tu sure ade yang puas hati & ade yang tak puas hati kan. Mane yang tak puas hati tu, terima jelah sebab juri dah pilih. Sekarang ni, sure ramai yang dah tak ingat konsep AJL macam mane kan. Sebab sekarang ramai yang ingat AJL mempertaruhkan artis. So diorg anggap yang top 5 ni hanyalah artis2 & lagu2 yang glamer yang selalu kuar kat radio yang layak masuk. Hey bangunlah! AJL mempertaruhkan LAGU  bukan artis. 

Dengar desas-desus mengatakan Nubhan tak layak masuk top 5. Sape2 yang cakap tu, sure korang bukan tengok dari lagu kan. Sure korang tengok dari segi artis. Di sini Harney bukan nak back up Nubhan, sebab Harney presiden Nubhan FC. Tapi setiap lagu ade kekuatan dan kelemahan masing2. Kite yang tak nampak kekuatan atau kelemahan lagu tu sebab kite bukan di aliran yang pakar dalam bidang muzik. Dan ia juga bergantung kepada rezeki masing-masing. Dan if korang dok cakap2 artis tu tak layak, bermakna korang cakap komposer & penulis lirik lagu tu yang tak layak masuk. Sebab AJL mempertaruhkan lagu. Kalo dari segi artis pun maybe akan mempengaruhi % yang sedikit dalam markah tu. Hehe....

Ape-apepun, lagu yang lain pun best juga. Tade yang tak best :) 

Tahniah untuk Nubhan. Ini kali ke-4 masuk masuk semi final (Ada Untukmu, Seadanya Aku, Oh Juwita, Mata Hati) dan kali ke-2 dalam list top 5 (Seadanya Aku, Mata Hati). Hope Mata Hati memberi satu laluan yang baru dari yang sebelum ni. Amin... :)

credit to abdrazak03

*Nota kaki
- Puas hati bile ade lagu yang saye tanak dlm top 5 memang tade dalam top 5. Lagu ape? Jeng jeng jeng. Hehehe....

Categories:

Leave a Reply