Ini blog HARNEY


AL-FATIHAH...

BUAT ALLAHYARHAM HAJI AHAMAD BIN HAJI ABDUL RAHMAN, BAPA KEPADA NUBHAN YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA HARI RABU (7/1) PUKUL 930 MALAM...

MARILAH KITA SAMA-SAMA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH DAN MENDOAKAN AGAR ROH ALLAHYARHAM DICUCURI RAHMAT & DITEMPATKAN DI SISI ORG2 BERIMAN & SOLEH...AMIN..

& SALAM TAKZIAH BUAT NUBHAN & KELUARGA...SEMOGA TABAH & REDHA MENGHADAPI UJIAN DARI-NYA...

DARIPADA-NYA KITA DATANG, KEPADA-NYA JUA KITA KEMBALI...

AL-FATIHAH


*Ayah Nubhan Kembali Ke Rahmatullah
Teks oleh Thani Hasbullah
KUALA LUMPUR, 8 JAN 2009: Kedatangan Tahun Baru 2009 membawa episod duka buat bintang AF6, Nubhan, apabila ayahnya, Haji Ahamad Haji Abdul Rahman, 67, menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Pakar Salam, Senawang, Negeri Sembilan, jam 9.30 malam tadi.
Nubhan ketika dihubungi oleh murai.com.my berasa sedih dan terkilan kerana tidak sempat berada di sisi arwah ayahnya itu yang rebah dalam satu majlis kenduri akibat serangan jantung. Ketika kejadian, Nubhan berada di Kuala Lumpur dan sedang makan malam bersama rakan-rakannya.
"Saya menerima panggilan daripada kakak saya kira-kira jam 8.30 malam yang mengatakan ayah jatuh pengsan di satu majlis kenduri. Ayah terus dikejarkan ke hospital tetapi telah menghembuskan nafas terakhirnya dalam perjalanan di pangkuan abang saya.
"Kami sekeluarga memang terkejut kerana sebelum ini ayah tidak pernah diserang sakit jantung, cuma sesekali dia mengadu sakit dada. Memang saya redha dengan pemergian ayah tapi saya sedih dan terkilan kerana saya masih baru hendak mengejar impian menjadi anak seni dan belum puas membalas jasa ayah," kata Nubhan, 22, anak bongsu daripada 8 beradik.
Allahyarham Ahamad meninggalkan seorang balu, Badariah Omar, 64, serta 8 anak dan 6 cucu. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan hari ini, di Tanah Perkuburan Islam, Tebing Tinggi Juasseh selepas Zuhur.
Kali terakhir murai.com.my pernah menghubungi ayah Nubhan ialah pada 19 September tahun lepas apabila mahu mendapatkan pengesahan tentang Nubhan yang dimasukkan ke sebuah hospital kerana sakit tulang belakang (slip disc).
Takziah diucapkan kepada Nubhan sekeluarga dan semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah.

*dipetik dari murai.com.my

Categories:

Leave a Reply